Apa Itu Grafik
Pada minggu pertama kelas Grafik, kami diberi pendedahan mengenai grafik. Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.
Jenis-jenis Grafik
- Fotograf (Gambar Foto)
- Lukisan
- Kartun
- Diagram
- Graf/Carta
- Perisian-perisian Grafik
- Microsoft Paint atau Paint Brush
- Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator
- Corel Draw
- Painter 3D
- Macromedia Freehand
- Micrograft Designer
- Autocad
Sejarah Grafik
- Grafik telah wujud sekitar 15000-1000 S.M. di mana orang Roman telah menggunakan gambar di atas dinding gua sebagai bahasa visual.
- Pada tahun 1880, akhbar pertama New York Daily banyak menggunakan elemen grafik dalam teknologi baru iaitu memasukkan elemen fotografi.
- Pada tahun yang sama, poster ilustrasi berwarna dihasilkan dan dilekatkan di sekitar bandar di Amerika Syarikat dan Eropah.
- Pada tahun 1890 hingga 1930, kumpulan Avant Garde telah memperkenalkan istilah Art Nouveu yang mempelopori seni huruf.
- Perkembangan teknologi masa kini telah merancakkan lagi perkembangan reka bentuk grafik dan tidak terhad kepada percetakan.
Bidang Grafik
Reka bentuk korporat

Reka bentuk papan peraga(Billboard)

Reka bentuk pembungkusan

Reka bentuk penerbitan umum
No comments:
Post a Comment