Friday, June 8, 2018

REFLEKSI MINGGU KEDUA


ADOBE PHOTOSHOP, ADOBE ILLUSTRATOR, INDESIGN

Pada minggu tersebut, kami diberi informasi oleh Dr. Wani tentang perbezaan di antara tiga aplikasi yang popular ini. Satu aktiviti telah dijalankan, kami perlu mengisi jadual di papan putih tentang maklumat-maklumat ketiga-tiga aplikasi tersebut. Oleh itu, saya ingin menulis serba sikit pengetahuan yang saya perolehi daripada kelas pada minggu tersebut.



Adobe Photoshop

Hasil carian imej untuk photoshop

Adobe Photoshop merupakan perisian paling popular di antara ketiga-tiga aplikasi tersebut.
Photoshop adalah perisian yang berasaskan imej raster. Iaitu, imej yang ditentukan oleh bilangan pixel-pixel. Perisian ini sesuai bagi projek-projek yang penyuntingannya kekal dengan sazi-saiz tetap. Ini termasuk dengan penyuntingan gambar-gambar photo digital, web, imej video, dan antaramuka aplikasi.
Photohsop kerap digunakan bagi menyunting atau menambah teks di dalam imej. Namun, disyorkan agar membawa imej yang sudah disunting ke dalam Illustrator bagi tambahan teks.
Teks mudah berubah bentuk kerana Photoshop dipengaruhi dengan bilangan pixel imej. Sedangkan, imej di dalam Illistrator berasakan vektor. Sekiranya kerja penyuntingan yang dilakukan bakal bercetak, lebih wajar digunakan Illustrator. Namun, sekiranya teks yang hendak diletakkan itu terlalu banyak, seperti di dalam lembaran majalah atau buku lebih sesuai digunakan InDesign.



Adobe Illustrator

Hasil carian imej untuk illustrator

Illustrator tidak digunakan sekerap Photoshop, walau ia mempunyai kelebihan bagi penghasilan reka bentuk grafik. Sekiranya imej yang dihasilkan bakal diubah-ubah saiznya mengikut keperluan, seperti logo, Illustrator wajar digunakan. Illustrator juga sesuai bagi penghasilan lukisan yang berasakan vektor, ilustrasi, bisnes kad, dan kepala surat.
Garisan dihasilkan didalam photoshop kerap kelihatan berkotak-kotak di sempadannya. Ini keran Photoshop yang berasaskan pixel. Hal yang sama tidak berlaku di dalam illustrator keran ia berasaskan vektor. Satu formula matematik digunakan bagi menghasilkan garisan atau imej. Hasilnya, jika diubahkan saiz garisan atau imej, pengiraan semula dilakukan bagi menghasilkan imej yang tidak berkotak-kotak di sempadannya. Imej akan tetap kekal jelas.
Tetapi, Illustrator tidak mempunyai alatan yang sesuai bagi menyunting dan memotong gambar. Sekiranya kita memerlukan penyuntingan susun-atur yang mempunyai pelbagai mukasurat, maka perisian InDesign adalah lebih sesuai berbanding dengan Illustrator.



Adobe Indesign

Hasil carian imej untuk inDesign

Perisian Adobe InDesign tidak begitu popular diantara ketiga-tiga perisian. InDesign mempunyai kemampuan yang lebih baik jika digunakan bagi mengendali projek-projek yang melibatkan pelbagai muka surat serta mempunyai banyak teks. Lebih-lebih lagi sekiranya, projek tersebut memerlukan penggunaan Master Layout.
InDesign tidak mempunyai kebolehan bagi menyunting gambar atau menghasilkan ilustrasi. Kerja yang sedemikian itu wajar diserahkan kepada Photoshop atau Illustrator.
Gabungan ketiga-tiga perisian diperlukan bagi menghasilkan kerja yang mantap. Setiap satunya mempunyai kekuatannya yang tersendiri.








No comments:

Post a Comment