Saturday, June 9, 2018

MAJALAH



InDesign

Adobe Indesign adalah salah satu aplikasi penerbitan desktop yang paling popular dan digunakan oleh pereka grafik terutama berkaitan dengan tata letak buku, majalah, surat khabar, profil syarikat, laporan tahunan dan sebagainya. Adobe Indesign mempunyai kemudahan membuat reka bentuk dengan reka bentuk pelbagai halaman (susun atur dalam beberapa muka surat) dengan fungsi laman utama. Adobe Indesign menawarkan kesan khas yang boleh digunakan secara langsung dalam dokumen itu. Adobe Indesign sangat memudahkan dalam membuat susun atur majalah, buku, buletin, risalah dan sebagainya.
Adobe InDesign mampu untuk menghasilkan:
  • Buat reka bentuk logo
  • Buat susun atur reka bentuk majalah, buku, buletin, profil syarikat, dan sebagainya.
  • Melukis pelbagai ilustrasi (manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, maskot, perhiasan, wayang, motif batik / kain dan sebagainya).
  • Mewujudkan pelbagai reka bentuk media promosi seperti risalah, poster, brosur, kalendar, penggantung mudah alih, penggemar, sepanduk, papan iklan, alat tulis (kad perniagaan, surat, amplop, setem, resit, invois, dan sebagainya).
Tugasan kali ini, pelajar lanjutan grafik komputer ditugaskan untuk menghasilkan satu majalah dengan menggunakan Adobe InDesign. Pelajar bebas untuk memilih tema majalah. Tugasan ini dilakukan dalam bentuk kumpulan yang mewakili dua orang. Kumpulan saya telah memilih majalah yang berkaitan dengan kereta. Gambar di bawah adalah hasil daripada kerja yang kami lakukan.



























Friday, June 8, 2018

ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK



Pada minggu ketiga, pensyarah kami ada memberikan penerangan mengenai elemen dan prinsip seni. Sebelum memulakan sesebuah reka bentuk atau karya, perlu diketahui beberapa perkara asas iaitu elemen dan prinsip seni. Pelajar harus memasukkan elemen dan prinsip apabila ingin menghasilkan sesuatu karya supaya sesuatu karya itu dapat menjadikan karya yang hebat. Berikut merupakan pengetahuan tentang elemen dan prinsip dalam seni.




Garisan (line)

Garisan merupakan satu laluan antara dua titik. Garisan boleh jadi lurus, melengkung, tegak, mengufuk, pepenjuru, atau zig-zag. Garisan disifatkan sebagai gerakan dan arah atau haluan. Garisan juga merupakan suatu yang tersirat di mana ia menggantikan fikiran apabila beberapa titik berkedudukan secara geometri dalam satu rangka. Contohnya, meletakkan empat titik di satu muka surat yang membentuk segi empat boleh menyifatkan titik-titik tersebut berhubungan apabila fikiran mencari bentuk corak yang dapat dikenalpasti. Tepi bentuk dan rupa bentuk menghasilkan garisan.



Arah dan orientasi satu garisan boleh juga menandakan perasaan tertentu. Garisan melintang menandakan sebagai ketenangan dan berhenti, manakala garisan menegak menandakan kuasa dan daya. Garisan condong menandakan sebagai gerakan, tindakan dan perubahan. Garisan melengkung atau garisan berbentuk S menandakan senyap, tenang dan perasaan berahi. Garisan yang bertumpu menandakan kedalaman, skala dan kejauhan iaitu pagar atau jalan yang bertumpu memberi jarak ilusi daripada imej dua dimensi menjadi kedalaman tiga dimensi. Garisan merupakan elemen grafik yang berkesan kerana garisan boleh membimbing pandangan mata.




Bentuk (Shape)

Bentuk ditakrifkan sebagai kontur yang tertutup dan merupakan elemen yang ditakrifkan melalui perimeternya. Bentuk adalah rata serta mempunyai panjang dan lebar. Contoh bentuk asas ialah bulatan, segi empat tepat dan segi tiga seperti di rajah.





Ruang (Space)
 Ruang ialah kawasan yang disediakan untuk tujuan tertentu. Ruang boleh menjadi dua dimensi (mempunyai panjang dan lebar) seperti lantai atau mempunyai tiga dimensi (mempunyai panjang, lebar dan tinggi). Ruang mempunyai latar belakang (background), latar depan (foreground) dan pertengahan (middle ground). Ruang merujuk kepada jarak atau kawasan sekitar antara atau dalam sesuatu komponen.






Warna

Warna adalah elemen penting dalam setiap rekaan (design) ketika mereka bentuk identiti rekaan. Penggunaan warna dalam seni tidak terbatas kepada pantulan atau pembiasan cahaya, tetapi warna digunakan untuk reka bentuk menjadi lebih menarik. Terdapat tiga jenis warna iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertiari. Kebiasaannya, kombinasi warna yang digunakan adalah kontras/bertentang untuk menjadikan rekaan lebih menarik. Sub elemen yang dimasukkan dalam warna ialah 'nilai' / value, yang menentukan perbezaan antara kecerahan dan kegelapan bagi shade.






Tekstur

Tekstur digunakan untuk membuat rupa permukaan dan berkaitan dengan rias bentuk tertentu. Tekstur merujuk kepada kualiti permukaan bagi bentuk iaitu sama ada licin, kasar atau berkilau. Tekstur boleh menjadi secara tekstil atau secara visual.







Nilai (Value)

Value atau juga dikenali kecerahan (brightness) merujuk kepada perkaitan antara pencahayaan dan kemalapan warna atau sampel. Value berbeza sama ada hue wujud atau tidak. Value mudah difahami sebagai nilai berskala siri iaitu dari gelap ke cerah tanpa kehadiran hue seperti rajah di sebelah.

Putih ialah value yang tertinggi. kelabu sederhana pula ialah titik tengah antara hitam dan putih. Hitam pula ialah value yang terendah. Di bawah ditunjukkan Perubahan yang berlaku pada imej apabila brightness diselaraskan daripada kemalapan ke kecerahan.








PRINSIP REKA BENTUK VISUAL


Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Terdapat 6 prinsip dalam reka bentuk visual iaitu C.A.S.P.E.R.







1. C - Contrast (kontras)

Prinsip kontras mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dan warna putih. Idea utama di sebalik kontras adalah untuk mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh: kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar, warna sejuk dengan warna hangat.





2. A - Alignment (Seimbang)

Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.

Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.

Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Contohnya, jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama. 

Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.





3. S - Simplicity (Simplisiti)

Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik, kerana mudah dilihat. Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.

Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.






4. P - Proximity (Penyatuan)

Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.






5. E - Emphasis (Dominan)
Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :
a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)

Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain.
b) Warna dan bentuk yang kontras
c) Saiz yang lebih besar
d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama
e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama
f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas
g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.





6. R - Repetition

Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.








REFLEKSI MINGGU KEDUA


ADOBE PHOTOSHOP, ADOBE ILLUSTRATOR, INDESIGN

Pada minggu tersebut, kami diberi informasi oleh Dr. Wani tentang perbezaan di antara tiga aplikasi yang popular ini. Satu aktiviti telah dijalankan, kami perlu mengisi jadual di papan putih tentang maklumat-maklumat ketiga-tiga aplikasi tersebut. Oleh itu, saya ingin menulis serba sikit pengetahuan yang saya perolehi daripada kelas pada minggu tersebut.



Adobe Photoshop

Hasil carian imej untuk photoshop

Adobe Photoshop merupakan perisian paling popular di antara ketiga-tiga aplikasi tersebut.
Photoshop adalah perisian yang berasaskan imej raster. Iaitu, imej yang ditentukan oleh bilangan pixel-pixel. Perisian ini sesuai bagi projek-projek yang penyuntingannya kekal dengan sazi-saiz tetap. Ini termasuk dengan penyuntingan gambar-gambar photo digital, web, imej video, dan antaramuka aplikasi.
Photohsop kerap digunakan bagi menyunting atau menambah teks di dalam imej. Namun, disyorkan agar membawa imej yang sudah disunting ke dalam Illustrator bagi tambahan teks.
Teks mudah berubah bentuk kerana Photoshop dipengaruhi dengan bilangan pixel imej. Sedangkan, imej di dalam Illistrator berasakan vektor. Sekiranya kerja penyuntingan yang dilakukan bakal bercetak, lebih wajar digunakan Illustrator. Namun, sekiranya teks yang hendak diletakkan itu terlalu banyak, seperti di dalam lembaran majalah atau buku lebih sesuai digunakan InDesign.



Adobe Illustrator

Hasil carian imej untuk illustrator

Illustrator tidak digunakan sekerap Photoshop, walau ia mempunyai kelebihan bagi penghasilan reka bentuk grafik. Sekiranya imej yang dihasilkan bakal diubah-ubah saiznya mengikut keperluan, seperti logo, Illustrator wajar digunakan. Illustrator juga sesuai bagi penghasilan lukisan yang berasakan vektor, ilustrasi, bisnes kad, dan kepala surat.
Garisan dihasilkan didalam photoshop kerap kelihatan berkotak-kotak di sempadannya. Ini keran Photoshop yang berasaskan pixel. Hal yang sama tidak berlaku di dalam illustrator keran ia berasaskan vektor. Satu formula matematik digunakan bagi menghasilkan garisan atau imej. Hasilnya, jika diubahkan saiz garisan atau imej, pengiraan semula dilakukan bagi menghasilkan imej yang tidak berkotak-kotak di sempadannya. Imej akan tetap kekal jelas.
Tetapi, Illustrator tidak mempunyai alatan yang sesuai bagi menyunting dan memotong gambar. Sekiranya kita memerlukan penyuntingan susun-atur yang mempunyai pelbagai mukasurat, maka perisian InDesign adalah lebih sesuai berbanding dengan Illustrator.



Adobe Indesign

Hasil carian imej untuk inDesign

Perisian Adobe InDesign tidak begitu popular diantara ketiga-tiga perisian. InDesign mempunyai kemampuan yang lebih baik jika digunakan bagi mengendali projek-projek yang melibatkan pelbagai muka surat serta mempunyai banyak teks. Lebih-lebih lagi sekiranya, projek tersebut memerlukan penggunaan Master Layout.
InDesign tidak mempunyai kebolehan bagi menyunting gambar atau menghasilkan ilustrasi. Kerja yang sedemikian itu wajar diserahkan kepada Photoshop atau Illustrator.
Gabungan ketiga-tiga perisian diperlukan bagi menghasilkan kerja yang mantap. Setiap satunya mempunyai kekuatannya yang tersendiri.








REFLEKSI MINGGU PERTAMA



Apa Itu Grafik


Pada minggu pertama kelas Grafik, kami diberi pendedahan mengenai grafik. Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.



Jenis-jenis Grafik

  • Fotograf (Gambar Foto)
  • Lukisan
  • Kartun
  • Diagram
  • Graf/Carta
  • Perisian-perisian Grafik
    • Microsoft Paint atau Paint Brush
    • Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator
    • Corel Draw
    • Painter 3D
    • Macromedia Freehand
    • Micrograft Designer
    • Autocad


Sejarah Grafik

  • Grafik telah wujud sekitar 15000-1000 S.M. di mana orang Roman telah menggunakan gambar di atas dinding gua sebagai bahasa visual.
  • Pada tahun 1880, akhbar pertama New York Daily banyak menggunakan elemen grafik dalam teknologi baru iaitu memasukkan elemen fotografi.
  • Pada tahun yang sama, poster ilustrasi berwarna dihasilkan dan dilekatkan di sekitar bandar di Amerika Syarikat dan Eropah.
  • Pada tahun 1890 hingga 1930, kumpulan Avant Garde telah memperkenalkan istilah Art Nouveu yang mempelopori seni huruf.
  • Perkembangan teknologi masa kini telah merancakkan lagi perkembangan reka bentuk grafik dan tidak terhad kepada percetakan.



Bidang Grafik


Reka bentuk korporat









Reka bentuk papan peraga(Billboard)






Reka bentuk pembungkusan






Reka bentuk penerbitan umum