Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semuanya,
kali ini saya hendak menceritakan cerita serba sedikit tentang tugasan yang diberi. Untuk tugasan
kali ini, saya dan rakan-rakan harus mencipta huruf-huruf sendiri yang
merupakan ciptaan original daripada kami. Sebelum itu, pensyarah kami iaitu Dr. Nor Syazwani Bt. Mat Salleh telah
memberi tunjuk ajar tentang ilmu tipografi contohnya seperti perbezaan Serif
dan Sans Serif, saiz, jarak diantara perkataan dan huruf-huruf, dan bagaimana
hendak memilih jenis huruf yang bersesuaian. Berikut adalah maklumat tentang
tipografi yang saya perolehi.
Setelah selesai sesi penyampaian ilmu yang sangat
berguna oleh pensyarah kami, kami harus mencipta jenis huruf yang tersendiri
berdasarkan sumber idea yang berada di sekeliling kami. Ada di antara kami yang
memilih rumput sebagai sumber idea, tulang, air, dan sebagainya. Manakala, saya
sendiri pula menghadapi sedikit masalah, tetapi alhamdulilah saya berjaya
menghadapinya. Masalah yang saya hadapi adalah pada mulanya saya memilih air sebagai
sumber idea, tetapi untuk menghasilkan huruf-huruf A-Z, saya kehilangan idea.
Saya mengambil keputusan untuk menukar sumber idea saya kepada burung pungguk
jelapang, tetapi malangnya saya mampu menghasilkan huruf A-C sahaja, selepas
itu idea saya hilang entah ke mana. Fikir punya fikir, saya pun menukar pula
kepada tarian. Saya memilih tarian yang Flamenco sebagai sumber idea saya.
Untuk pengetahuan teman-teman sekalian, tarian
Flamenco ini berasal daripada Sepanyol. Tarian ini berkembang bermula abad
ke-14 di Andalusia. Saya menyukai tarian ini sebab saya berpendapat tarian penuh
semangat dan energi selain pergerakkan kakinya yang cepat dan mengenakan
pakaian yang warnanya mencolok mata. Apabila saya melihat tarian ini,
seolah-olah badan saya turut saya bergerak mengikut gerakan penari. Dengan
kekuatan fizikal dan mental, berjaya juga saya menyiapkan tipografi ciptaan
saya sendiri dari huruf A-Z bersumberkan idea tarian Flamenco.
Inilah
hasil tipografi ciptaan saya yang bersumberkan idea tarian Flamenco.
No comments:
Post a Comment