Tugasan ini merupakan tugasan yang paling
menyeronokkan kerana ia melibatkan percutian. Kami semua telah bertolak ke Pulau
Perhentian semasa berlansungnya cuti midsem pada 6 April hingga 8 April. Pulaunya sangat
cantik dengan air yang jernih, suasana tenang, dan pemandangan yang penuh
dengan kehijauan dan kebiruan memang menambat hati. Senang cakap, memang tidak
menyesal kami semua mengikuti trip ini. Tetapi, dalam berseronok ada juga
tugasannya. Tugasannya adalah kami perlu mengambil gambar sudut-sudut yang
menarik di pulau tersebut. Alhamdulillah, tugasan yang diberi juga menarik.
Kami boleh melakukan tugasan ini sambil berjalan-jalan mengelilingi kawasan
pulau tersebut. Memang menyeronokkan sebab.
Alkisah perjalanan kami bermula seperti ini,
Waktu
ini, kami semua sedang berkumpul dan dianggarkan bergerak dari UPSI dalam pukul
4 Petang hari Jumaat. Semuanya kelihatan gembira dan tidak sabar untuk naik bas.
Ketika ini, kami telah sampai di jeti dan menunggu bot untuk kami pergi ke Pulau Perhentian. Kami sampai di jeti pada waktu pagi dan kelihatannya di situ keterujaan di wajah masing-masing kerana kami hampir sampai ke tempat yang dinanti.
Apabila bot telah sampai, kami semua melangkah dengan penuh semangat dan menaiki bot. Pada saya yang sangat jarang menaiki bot, ini merupakan perkara yang sangat berharga. Perasaan berada di dalam bot yang dipukul ombak memang sangat menyeronokkan seolah-olah sedang bermain permainan di taman tema ekstrem. Tetapi agak kelakar apabila terdapat beberapa pelajar yang mengalami mabuk laut dan muntah-muntah ketika perjalanan di dalam bot. Yang paling penting sekali, alhamdulillah saya tidak mengalami masalah mabuk laut dan saya dapat menikmati setiap detik dan langkah perjalanan dengan gembira.

Kelihatan pulau destinasi percutian kami, perasaan teruja semakin membuak-buak. Kaki bergetar tidak sabar melangkah dan melompat di atas pasirnya yang putih lagi bersih. Badan meremang tidak sabar untuk merasai air laut membasahi diri. Apabila kaki sudah menjejak pasir, kami suma meletakkan barang di tempat yang sepatutnya dan mengambil sarapan pagi. Setelah itu kami berkumpul untuk mendengar arahan sebelum memulakan aktiviti di sana.
Aktiviti pertama kami di sana adalah snorkeling. Sebelum snorkeling, kami diajar dulu cara untuk mengapungkan diri, cara bergerak di dalam air, serta cara untuk menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan atau jika ada bot yang datang untuk melanggar. Gambar di atas merupakan pensyarah-pensyarah kami.
Pada waktu petang pula, kami diajar cara menggunakan kamera dengan betul dari segi pencahayaan, kabur lensa, fokus kamera, dan lain-lain lagi. Setelah itu, kami dibebaskan untuk meronda di pulau tersebut sambil mengambil gambar-gambar yang menarik dengan menggunakan kamera nikon dan kamera telefon masing-masing. Terlalu banyak gambar yang diambil oleh kami disebabkan setiap sudut di pulau tersebut adalah menarik.
Waktu ini kami semua dihidangkan dengan makan malam, memang sedap makanannya, tambahan pula apabila makan beramai-ramai.
Pada waktu malam cerah yang dihiasi berbilion bintang dan satu bulan, tiba-tiba tanpa diduga malam itu ada pertunjukkan api. Saya sangat teruja melihat pertunjukkan itu disebabkan selama ini hanya dapat dilihat di dalam media massa sahaja, tetapi kali ini dapat lihat didepan mata. Ia sangat menarik dan membuatkan saya ingin melakukan aktiviti tersebut juga walaupun agak bahaya.
Keesokkan paginya memang sangat indah sekali dapat bangun dan melihat pantai. Malangnya, kami terpaksa pulang awal kerana angin kuat dan laut bergelora lebih daripada biasa. Sebelum bertolak pulang, kami sempat berkumpul bersama dan mengambil foto-foto untuk kenangan. Kesemua wajah terukir senyuman dan tahap tekanan mengurang mendadak apabila kami semua bercuti di pulau ini. Keindahan alam telah memberi kami ketenangan dan kebahagian walaupun cuma sementara. Sekurangnya kami dapat mencipta memori indah bersama untuk diingati di hari mendatang. Bukan senang untuk dapat peluang bercuti bersama-sama seperti ini.